Penjual Air Batu |
Pelan-pelan di pinggir jalan kota, Undang-undang ialah suatu kekuasaan, Anak-anak di bawah kolong, perutnya kosong, (Sampai gelap merangkak menghampiri, Tapi berapa kali tangkapan terjadi, Bilakah ruang keadilan memberi isi, |
Friday, August 22, 2008
(sambungan)
3. Individualistik & Universal
Dalam mengkaji isi sesebuah sajak, terdapat satu perkara penting yang perlu diberi perhatian iaitu berkenaan sifat sajak ; individualistik & universal.
Sajak yang bersifat individualistik ialah sajak yang terlalu peribadi sehingga para pembaca berasa rimas apabila mengkaji isi sajak tersebut . Hal ini terjadi kerana penyair telah terlupa bahawa karya sastera bukanlah untuk tatapan peribadi sahaja tetapi untuk dikongsi bersama para pembaca lain. Lihat contoh di bawah :
ingatkah lagi
tatkala kau dan aku
menempuh segala liku
di jalanan ini
kita bersama
dalam kasih
dalam cinta
Dalam sajak di atas, penyair menyatakan kenangannya terhadap seorang rakan yang pernah bersama dengannya suatu waktu dahulu. Dalam kesungguhannya mengimbau kenangan tersebut, penyair telah mengabaikan teknik2 penyampaian isi sajak dengan berkesan sehingga sajaknya di atas menjadi terlalu peribadi. Mungkin rakannya sahaja yang dapat menghayati sajak tersebut memandangkan sajak itu ditujukan hanya kepada rakan penyair sahaja. Bait-bait di atas tidak layak untuk dijadikan sebuah sajak dan hanya layak dijadikan coretan di dalam diari sahaja.
Sajak yang bermutu ialah sajak yang bersifat universal ataupun sejagat. Para pembaca akan dapat menghayati maksud dan isi sajak yang disampaikan apabila wujudnya unsur kesejagatan. Mari kita lihat contoh sajak daripada Allahyarham Usman Awang :
Dalam sajak di atas, penyair telah berjaya mewujudkan unsur kesejagatan dalam sajaknya. Para pembaca akan dapat merasakan nilai kemanusiaan yang tinggi yang dimiliki penyair melalui sajaknya di atas. Usman Awang sememangnya seorang penyair yang terkenal dengan kelembutan gaya bahasanya. Apabila membaca sajak ini, pembaca tentu turut bersimpati dengan nasib penjual air batu. Penyair telah berjaya menyampaikan maksud sajak dengan berkesan tanpa menjadikan sajaknya bersifat peribadi.
Setelah meneliti kedua-dua contoh di atas, saya yakin para pembaca telah memahami perbezaan antara sajak individualistik dan universal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment