Friday, August 22, 2008

Merdeka


Pada 31 Ogos 2008 ini, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-51. Sudah 51 tahun negara kita bebas daripada penjajahan namun kita sering membaca tulisan2 yang menyatakan kita masih belum merdeka malahan masih dijajah. Apakah benar kenyataan2 tersebut? Jika kita lihat kembali situasi masyarakat negara kita pada masa kini kita akan setidak-tidaknya berfikir sejenak tentang erti kemerdekaan sebenar. Apa yang telah terjadi kepada muda-mudi terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam? Jika kita tinggal di ibu kota, situasi ini akan lebih jelas lagi. Cuba luangkan masa untuk bersantai di Bukit Bintang , Ampang dan lokasi2 'panas' di sekitar Kuala Lumpur, pasti kita akan dapat melihat sendiri aksi2 remaja Melayu yang telah hilang segala nilai2 kehidupan . Tidak perlu saya nyatakan contoh2nya di sini kerana kita pun sudah cukup faham akan keadaan tersebut. Apakah tindakan kita seterusnya sebagai anggota masyarakat yang mempunyai mata dan telinga ? 

Firman Allah :
 'Dan akan lahir dari kalangan kamu keturunan-keturunan yang mencuaikan solat dan mengikut hawa nafsu dengan melakukan maksiat..'

Penulis bukanlah ingin berlagak alim di sini namun kita seharusnya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling . Semakin meningkat usia kita seharusnya semakin meningkat jugalah ilmu , iman dan amal kita. Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51 ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan mendidik jiwa kita untuk beristiqamah di dalam ketaatan.  

Firman Allah :
  'Belum sampaikah waktu bagi orang-orang beriman untuk hati2 mereka khusyu' mengingati Allah dan mengikuti kebenaran yang diturunkan?'

3 comments:

bahazain said...

ASM Sdr tintapenyair,
Saya dapat mengesani azam seni dan keseriusan sdr untuk menulis. Kerja menulis ini kadang-kadang sangat sepi terutama dlm puisi, tetapi kalau sdr teruskan komitmen sastera ini, dan berusaha berfikir dengan kritis, sdr akan mencipta keindahan, satu demi satu, dari waktu ke waktu. Percayalah.Teruskan

ibnu ghazali al-bakti said...

Ja,bermulanya tulisan serius..hehe

Wak Dol said...

Menatang kemerdekaan...

Menatang maknawi...