Saturday, August 2, 2008

puisi sempena ulang tahun hari jadi ke-18 (8 Ogos 2008)

SELAMAT HARI JADI

(i)

Pada waktu-waktunya
kita tidak pernah mengerti
pada lilin yang menyala
dengan hayat
dengan budi.

(ii)

Kadang-kadang
kita tidak pernah sedar
sewaktu berada di taman maha luas
dengan kembang seribu warna
bahawa kita sering berjalan
ke pintu nostalgia
yang nanti akan melontarkan kita
dengan kerasnya
ke hari silam yang tak terjangkau.

(iii)

Akhirnya kita pun tahu
bila sesekali
ada percikan ombak jatuh di laman
bahawa inilah petanda
kita akan dewasa.


Awang Abdullah

1 comment:

Wak Dol said...

Ha!ha!ha! Ielia... sudah hampir engkau berusia lapan belas tahun dan telah jua hampir buat ibnu Shurtiy buat berumur lima belas... bukankah engkau antara orang yang telah jua sedikit sebanyak mencorakkan dan membuka jalan kepenyairanku... kaupun jua dulu yang bertanggungjawab menghantar (mungkin dalam hal ini engkau memang mahir dan gemar)puisiku yang tersiar terdahulu di Dewan Siswa? Aku berharap supaya pada waktu muka engkau akan menyisipkan puisi-puisimu dalam blog 'tinta penyair' ini. Aku walaupun sedar bahawa diri ini masih muda dan mentah dalam berpuisi namun jalan mematangkan diri itu harus berserta latihan bukan setakat membaca puisi. Penulis muda selalunya mengambil jalan mudah... Aku pada mula berasa amat lemah semangat kerana puisiku masih kaku dan lemah atau jua belum bisa dikatakan sebagai puisi, tapi kesukaran ini adalah lumrah... Kemala (pujangga yang aku minati)pada suatu ketika menyatakan kepadaku "...hanya ada bekas-bekas luka yang sesekali hidup membasah. karena Gombak dan luka hidup ini saya bermandi air puisi." buat kita generasi kini yang hidup dalam kesenangan dan pula suka bersenang-lenang, tentulah payah menghayati peri ini namun kita jua boleh mengabsahkan kehadiran kita dalam suasana. Kemala memang gemar meenggunakan kata luka seperti dalam puisi 'Peradaban Luka', 'Jangan Berduka Malaysiaku'... In sha' Allah kita bisa menjadi penyair mapan suatu ketika nanti... Mungkin engkau mendahului aku kerana aku masih muda lagi mentah.. wallahu a'lam..
Selamat hari lahir buat seorang kawan... dan jua seorang wan...