Saturday, August 23, 2008

Erti Syukur

Dalam meniti kehidupan ini, terlalu banyak kenangan lalu yang sering singgah di fikiran ini lalu penulis pun sering tersenyum sendiri kerana kenangan2 itu semuanya terlalu manis untuk diimbau. Pada 8 Ogos 2008 yang lalu, genaplah usia penulis 18 tahun. Apabila direnungkan kembali, terlalu banyak nikmat Allah yang telah dikecapi selama ini lantas penulis bertanya kepada diri : Sejauh dan sehebat manakah aku bersyukur? Terasa begitu insaf sekali tatkala mengenangkan firman Allah :

'Dan jika kamu menghitung nikmat2 Allah, sudah pasti kamu tidak akan dapat menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu terlalu zalim dan ingkar.'

Pernah pada suatu ketika pada zaman tabi'in, seorang lelaki telah pergi bertemu dengan seorang ahli sufi dalam keadaan marah. Sesampainya di rumah ahli sufi tersebut, beliau terus berkata, 'Ya sheikh , aku sudah tidak tahan lagi dengan ujian ini. Aku seorang yang miskin dan susah tetapi aku tidak pernah meninggalkan solat dan selalu berdoa semoga Allah meluaskan rezekiku namun sehingga kini aku masih begini ; miskin dan melarat. Aku tidak percaya bahawa Allah itu bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim ! . Bagaimana pandangan tuan?' ,tanya lelaki tersebut. Sambil tersenyum , ahli sufi tadi menjawab dengan penuh hikmah, 'Wahai saudaraku, jika sifat2 Allah ; Ar-Rahman dan Ar-Rahim itu tidak dapat menumbuhkan keyakinanmu terhadap sifat-Nya yang pengasih dan pemurah, maka kenanglah kembali saat engkau dilahirkan ke dunia ini sehingga sekarang ; adakah Dia pernah terlupa untuk memberimu makan dan minum dan adakah pernah Dia mengazabmu lantaran dosa2mu yang kecil mahupun yang besar? . Sesungguhnya terlalu besar sifat pengasih dan pemurah Allah kepadamu dan kepadaku ; lantas saudaraku renungkanlah firman Allah :

'Tidakkah kamu melihat manusia yang telah Kami ciptakan mereka daripada nutfah maka tiba-tiba mereka menjadi penentang yang nyata?'

4 comments:

ibnu ghazali al-bakti said...

ak lbey sng ngan post camni Ja..haha..takyah susah2 nk faham puisi2 ko lg..hahaha

kembara_1990 said...

ni blog tintapenyair so aku sebagai kembara_1990 bervariasi dalam tema aku ; selain sastera aku ada gak yang berunsur keagamaan hahahaha..

fareez fadzil... said...

semoga dipanjangkan umur,,,
:P

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam dan kenal